Saturday, August 14, 2010

Balang Mayonis dan 2 cawan kopi



Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang  profesor berdiri di hadapan
dewan kuliah, meja di  hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa
sepatah  perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah
balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola  golf.
 
Dia kemudian bertanya kepada para  pelajarnya, adakah balang tersebut
penuh, dan pelajarnya  menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil
sekotak batu  kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang
telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang
balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan  kosong
di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia  bertanya akan pelajarnya sama
ada balang tersebut telah  penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."


Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut  lantas
mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan  menuangkannya ke
dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola  golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para  pelajarnya sama ada balang
tersebut telah penuh. Dalam  keadaan yang penuh persoalan, rata-rata
pelajarnya  menjawab "Ya.."


Sejurus selepas itu, profesor  itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan
kopi dari bawah  mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam
balang  yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan  pasir tersebut. Air kopi
mengisi ruangan yang terdapat  di antara pasir. Para pelajar mula ketawa
dan tersenyum  meihat tindakan profesor tersebut.


"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak  

ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua  menganggap
balang ini sebagai kehidupan anda...  


Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda,  anak-
anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat  anda - Jika anda
kehilangan segalanya dan hanya perkara  penting ini yang masih anda
ada, hidup anda masih penuh.  

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-
perkara  lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala

pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni  perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan  pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak
akan  mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf.

Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga  untuk
perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai  ruang untuk perkara
yang sebenarnya lebih penting untuk  diri anda." "Ambil perhatian untuk
perkara yang kritikal  untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira
untuk  anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa
pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada  

masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila  ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang  benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan. Perkara lain  cumalah pasir..."


Salah seorang pelajarnya  mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili  oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana  

penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan  dua
kopi bersama rakan-rakan..."


Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu  penuh
dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam  sehari seperti tidak
mencukupi, ingatlah kisah "Balang  Mayonis dan 2 cawan kopi ini... " 

20 sebab kenapa perempuan tak suka lelaki...









1. MENINGGIKAN SUARA 




Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.




2. MAIN KAYU TIGA 

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada
kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA' 

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.

Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG 

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala
gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

5. EGO 

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU 

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN 

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang
lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI 

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan

kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan
kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN 

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA 

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.

Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN 

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya
'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN 

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK 

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik
berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR 

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH 

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'.
Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah
pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI 

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT 

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun
ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!

Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO 

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.

Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Sekian je hasil kaji selidik yang dilakukan... apa pula komen anda???

Sunday, August 8, 2010

Gaji kita dibayar setimpal??

Duit untuk Hidup bkn Hidup untuk DUIT.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...  




Disini saya nak berkongsi tentang statistik yang dikeluarkan oleh jabatan kementerian sumber manusia malaysia dalam http://www.mohr.gov.my dimana kajian ini juga selaras dengan hala tuju Kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah. Tidak dinafikan, masih terdapat segelintir rakyat yang hidup di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI), malahan ramai pekerja yang menerima upah kurang daripada RM750 sebulan. Berdasarkan kiraan gaji purata bagi lima sub-sektor berkenaan iaitu Elektrik & Elektronik, Perabot, Plastik, Sarung Tangan Getah dan Tekstil, gaji pokok purata adalah RM626.76 sebulan manakala gaji kasar purata termasuk elaun-elaun tetap adalah RM762.20 sebulan. Peningkatan kos sara hidup terutamanya harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, golongan berpendapatan rendah ini menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya di kawasan bandar. Cadangan penetapan gaji minimum kebangsaan sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan permasalahan ini.
Kalau dilihat dari segi kelayakan kelulusan pun banyak dah berubah... kalau dulu habis ijazah dah boleh minta jadi pensyarah tapi sekarang kena ada master dan sesetengah universiti tempatan menetapkan ada PHD baru boleh jadi pensyarah... makanya mereka-mereka yang di takuk Diploma dan SPM mana nak dicampak yer tak? apakah kualiti graduan kita tidak setanding dengan negara luar? mengapa mesti diagungkan pelajar-pelajar antarabangsa sedangkan pengetahuan mereka dalam akademi sememangnya lemah berbanding pelajar kita disamping banyak masalah sosial yang dibawa masuk kenegara ini oleh mereka seperti penyeludupan dadah, perkosaan, kecurian dan rompakan! Ini pasti akan merosakkan reputasi negara sebagai pengeluar 'produk' Malaysia.

Malah ada kes-kes dimana pihak universiti sendiri telah menjamin pelajar antarabangsa yang telah ditangkap kerana kesalahan mencuri demi memastikan pelajar ini meneruskan pembelajaran di universiti mereka.. anda tahu kenapa?? (rujuk gambar diatas!).. kerana itulah mereka diberikan tempat dan kedudukan istimewa dalam kampus. anda dapat bayangkan sekiranya pelajar tempatan yang buat perangai?.. semestinya dapat surat bertajuk 'Anda Telah Ditamatkan Pengajian kerana...bla..bla..bla'. Itu lah yang dikatakan anak  orang lain disusukan tapi anak sendiri dibiarkan.

Malah fenomena ini terbawa-bawa hingga ke alam perkerjaan dimana rakyat negara asing ini diberikan jawatan besar dan bergaji besar manakala anak-anak tempatan diberikan gaji dan kedudukan yang lebih rendah dan dilonggokan dengan pelbagai jenis cukai-cukai yang harus dibayar kepada kerajaan... yaaalahh... 1Malaysia la katakan!

Jadi adakah kita dapat apa yang menjadi hak kita?? setimpal dengan titik peluh kita diatas negara merdeka kit ini?? tepuk dada tanya hati.... nukilkan komen anda.