Saturday, August 14, 2010

Balang Mayonis dan 2 cawan kopi



Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang  profesor berdiri di hadapan
dewan kuliah, meja di  hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa
sepatah  perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah
balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola  golf.
 
Dia kemudian bertanya kepada para  pelajarnya, adakah balang tersebut
penuh, dan pelajarnya  menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil
sekotak batu  kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang
telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang
balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan  kosong
di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia  bertanya akan pelajarnya sama
ada balang tersebut telah  penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."


Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut  lantas
mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan  menuangkannya ke
dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola  golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para  pelajarnya sama ada balang
tersebut telah penuh. Dalam  keadaan yang penuh persoalan, rata-rata
pelajarnya  menjawab "Ya.."


Sejurus selepas itu, profesor  itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan
kopi dari bawah  mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam
balang  yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan  pasir tersebut. Air kopi
mengisi ruangan yang terdapat  di antara pasir. Para pelajar mula ketawa
dan tersenyum  meihat tindakan profesor tersebut.


"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak  

ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua  menganggap
balang ini sebagai kehidupan anda...  


Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda,  anak-
anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat  anda - Jika anda
kehilangan segalanya dan hanya perkara  penting ini yang masih anda
ada, hidup anda masih penuh.  

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-
perkara  lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala

pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni  perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan  pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak
akan  mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf.

Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga  untuk
perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai  ruang untuk perkara
yang sebenarnya lebih penting untuk  diri anda." "Ambil perhatian untuk
perkara yang kritikal  untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira
untuk  anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa
pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada  

masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila  ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang  benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan. Perkara lain  cumalah pasir..."


Salah seorang pelajarnya  mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili  oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana  

penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan  dua
kopi bersama rakan-rakan..."


Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu  penuh
dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam  sehari seperti tidak
mencukupi, ingatlah kisah "Balang  Mayonis dan 2 cawan kopi ini... " 

No comments:

Post a Comment