Monday, May 9, 2011

gula naik.. syndrome teh tarik bakal berlaku...



roberk kwok mmg hebat... dia jual company dia PPB group bhd kat Felda yang di jaga oleh si isa pendek (bekas menteri besar n9 yg buat negeri aku papa dan byk tanah jatuh kat china!!)... dah tuh jadik milik kerajaan pun masih nak tekan rakyat untuk kaut untung lagik??..

Kuok plah pegi beli company kat australia bergabung dgn singapore-wilmar dan control lebih setengah export gula bg australia..

ironinya malaysia menggunakan 1.3juta tan gula setahun dan disebabkan bekalan x cukup terpaksa import dari luar terutama AUSTRALIA.. soo.. kuok-Australia? faham kan... dia akan control harga dari sana terus.. malaysia akan terus suffer lepas tuh...

so nak undi BN dimana kroni2 nyer yg rakus sedang melapah daging anak bangsa sendiri??? renung2kan lah...

Friday, May 6, 2011

Demam Final Exam... Berakhir

Final exam kali nie agak mencabar... mana taknya empat subjek nak kene cover tuh termasuk Usahawan, Rekabentuk keluli dan kayu, analisis struktur dan kejuruteraan lalulintas..


Usahawan

Masa exam nie 25/4/2011 nie mmg best.. dah sumer objektif tapi jawapan sampai E la... larat laa nak pilih.. tp ramai gak 30min jer dah blah.. lagi2 jaguh keluar exam awal si asmadi.... dia la paling awal keluar. Si Rahim lak dok usha2 hanafi suh angkat tangan sebab block jawapan... sampai ke sudah dia tak dapat jawapan..kesiannn....  soalan dia susah2 n byk new term mcm 'technopreneur' dan 'TCP'.. pe lagik.. baling dadu la jawapnyer... ahhaha


Rekabentuk keluli dan kayu

Killer Subject!!!.. what else can i say???.. mmg susah dah ler kene buat pakai Eurocode 3 dan ktorg jadik rat lab untuk tgk aplikasi EC3 nie dalam peperiksaan... per lagikk?? terabur ler jawapnyer... tp dah stady, dah jawab... tawakal jer laa.. result will prove the effort... wait n c... hehee. TQ to Dr. arizu dan Dr.Badruddin..


Analisis struktur

another killer subject... but slightly ok rather than rekabentuk.... tapi flexibility matrix untuk frame mmg blur... i guess majority xabes jawab soklan satu tuh.... xfaham sgt n mmg susah nak faham.. event our dean list have to crack their head... tp stiffness matrix untuk truss dan beam ok lah... but not confident ngn jawapan... harap DR Yusof ahmad dan En. zainuddin dapat tolong maner2 patut... amin...


Kejuruteraan Lalulintas

Prof. Madya Dr. Othman Che Puan called (OCP)... lecturer yang sempoi n talkative dalam klas... xserious tp tegas.. dia mmg kaki melawak dlm kelas... tp cam layan dak puan jer lebey nie.. lagik2 si wanie... hehee. kelas dia mmg ktorg tunggu2... sal exam dia byk lak teori kali nie... calculation kurang tp boleh la goreng2... frust skek ngn soalan last traffic light design... xsempat siap perabis... dahla nilai (Ymax>0.85) so aku suggest kene tambah lane jer lah... then continue design sampai R=12s dah tuh pengawas tiup wisel.. aku anta jer laa... garang nak mampus pengawas tuh... napi kene ketuk meja suh berenti... hehee.. pape pun legaaa... Final Exam Fever is OVER!!!!... yeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, March 2, 2011

PERGI TENGOK AROWANA


Harini nie keje macam biasa tp boleh tahan la busynyer tuh.. harinie rasa excited semacam sebab nak pergi tgk hasil arowana kat bukit merah. kol 3pm kuar opis g bank dulu nak masukkan duit yuran.. nak dekat 5 riban jugak bayar duit nie... haiz kerana nak ilmu dan kerjaya masa hadapan aku sanggup.. xper invesment jugak tuh! sampai opis pn dah jam 4pm lebih. cepat2 kol razif (best friend) ajak teman pg bkt merah. Lepas solat asar dalam kol 5.15pm kami gerak menuju ke destinasi. Tgk jer signboard Avee Resources Farm tuh makin berdebar plak jantung nie.. ntah macam nak jumper awek mase first2 couple dulu plak.. mungkah aku dah jatuh cinta dengan arowana nie? ntah!. Mase tuh mate aku mmg dok ligat cari En. Avee and En. Wan, depa nie tokey avee arowana nie.. ader 31 kolam tuh.. modal juta2. baguslah ada juga anak melayu nak buat bisnes nie. nie lah panorama mase kami sampai (Pic 1).


Masa nie depa tgh pindah ikan dalam kolam nie 29 ekor depa beli kemudian pindah kolam sendiri. en. Avee cakap nie ikan banjar, saja2 bela bukan untuk pelaburan pun. 


Banyak lagi gambar2 menarik nak share nie.. video mase depa bawak keluar telur ikan tuh pun ada.. tapi nak balik dah, lewat dah nie.. sambung nanti.. chow!

Wednesday, February 16, 2011

Miracles From Vegetables




BROCCOLI

How it combats cancer: Research has revealed that a chemical component called indole-3-carbinol can combat breast cancer by converting a cancer-promoting estrogen into a more protective riety. The phytochemical sulforaphane raises the levels of certain cancer-fighting enzymes that defend the body from cigarette smoke, fumes, pesticides & other known carcinogens.

Diet tips: Broccoli leaves actually contain more beta-carotene (i.e. pre-Vitamin A) than the florets - use leaves in purees, soups, stir-fries. To preserve broccoli’s valuable nutrients, steam or microwave, being careful not to overcook.  Avoid garnishing broccoli with fatty cheeses and creams instead,squeeze on some lemon juice or sprinkle with toasted bread crumbs.

PAPAYA

How it combats cancer: Its plentiful store of vitamin C works as an antioxidant and may also reduce absorption of cancer-causing nitrosamines from the soil or processed foods.  Papaya contains folacin  (also known as folic acid), which has been shown to minimize cervical ysplasia and certain cancers.

Diet tips: Choose papayas that are at least half yellow in the store - fully green ones were probably picked too soon and won’t ripen properly.  You can serve papaya in fruit salad, add it to a garlic-and-spinach pasta mixture, or just eat it on  its own, letting the juice dribble down your arm.
 
GARLIC

How it combats cancer: Garlic’s immune-enhancing allium compounds block carcinogens from entering cells and slow tumor development. Diallyl sulfide, a component of garlic oil, has also been shown to render carcinogens in the liver inactive.  Studies have linked garlic - as well as onions, leeks, and chives - to lower risk of stomach and colon cancer.

Diet tips: Add raw garlic to salads, use it fresh in marinades and sauces;
rub freshly cut garlic around the insides of salad bowls and over chicken
and fish fillets. Avoid dried or powdered garlic, which is less
concentrated - and less effective

 
KALE
How it combats cancer: Research has shown that indoles, nitrogen compounds found in kale and other leafy greens, may help stop the conversion of certain lesions to cancerous cells in estrogen-sensitive tissues. In addition, isothiocyanates, phytochemicals found in kale, are thought to suppress tumor growth and block cancer-causing substances from reaching their targets.

Diet tips: A cruciferous vegetable, kale requires quick cooking - blanching or steaming - to preserve its nutrients. When you’re done, save the nutrient-rich cooking liquid for soups or sauces. You can also use whole large leaves to wrap fillings or to layer in lasagna.


SWEET POTATO
How it combats cancer: This nutrient-dense food contains many anticancer properties. It’s loaded with beta-carotene, which may protect DNA in the cell nucleus from cancer-causing chemicals outside the nuclear membrane.

Diet tips: Go for freshness when picking potatoes - canned arieties contain less beta-carotene and vitamins C and B. Naturally sweet and creamy, mashed sweet potatoes can be enhanced with a little apple juice. Or whip the cooked tubers with orange zest or orange juice and season with cinnamon,nutmeg, and ginger.

 
GRAPEFRUIT
How it combats cancer: Grapefruits, like oranges and other citrus fruits,contain monoterpenes, believed to help prevent cancer by sweeping carcinogens out of the body. Some studies show that grapefruit can inhibit the proliferation of breast-cancer cells in vitro. It also contains vitamin C, beta-carotene, and folic acid.

Diet tips: Grapefruit can be sweetened with brown sugar or a drizzle of maple syrup or honey; vanilla extract, fresh mint, and almonds also accent the fruit’s flavor. Grapefruit juice will give you the antioxidants and phytochemicals that fight cancer, but it’s missing the fiber that fresh,whole grapefruit offers.

 
AVOCADO
How it combats cancer: Avocados are rich in glutathione, a powerful antioxidant that attacks free radicals in the body by blocking intestinal absorption of certain fats. Ounce for ounce, avocados also supply 60 percent more potassium than bananas and are a strong source of beta-carotene.

Diet tips: Store avocados at room temperature until they soften. If you don’t eat the fruit immediately after cutting, sprinkle on some lemon or lime juice to keep it from darkening. Add chunks or slices to salads and sandwiches or spread mashed avocado on bread.

 

SEAWEED
How they combat cancer: Seaweed and other sea vegetables contain beta-carotene, protein, vitamin B12, fiber, and chlorophyll, as well as chlorophylones - important fatty acids that may help in the fight against breast cancer. Also, many sea vegetables have high concentrations of the minerals potassium, calcium, magnesium, iron, and iodine.

Diet tips: Sea vegetables come fresh, dried, or powdered. Both the Japanese & the Irish regularly use them as flavorings for broths & soups,stir-fried over rice, or as a wrap for fish and other seafood. Varieties such as dulce, wakame, kombu, and  hijiki even appear in pancakes,salads,puddings, and sandwiches.

 
TOFU
How it combats cancer: Soy contains several types of phytoestrogens -weak, nonsteroidal estrogens that could help prevent both breast and prostate cancer by blocking and suppressing cancerous changes. Genistein,one type of phytoestrogen, also lowers breast-cancer risk by inhibiting the growth of epithelial cells & new blood vessels that tumors require to flourish.

Diet tips: Tofu is made by coagulating the protein in soybeans - much the way cheese is produced. While bland on its own, tofu absorbs other flavors when cooked, making it perfect for stir-fries, dips, spreads,shakes, even cheesecake. It’s also a good high-protein substitute for meat, whole milk & mayonnaise.

Wednesday, February 9, 2011

Petua imam Syafie

Mari kita ambil petua daripada imam Al-Syafie ini untuk dijadikan panduan agar kita hidup lebih bermakna di dunia ini.. Sebelum itu saya nukilkan siapakah imam syafie dan Mazhabnya yang kita amalkan selama ini iaitu MAZHAB Al-SYAFIE


Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin.
Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah.
Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.
Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.
Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.
Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.
Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”
Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis.
Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.
Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.
Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”
Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.
Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.
Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.
Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.
Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.
Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.



PETUA IMAM SYAFIE 

Empat perkara menguatkan badan:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata:

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata:

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Monday, February 7, 2011

Mari Cerminkan Diri.. Apakah Yang Bakal Dilihat?

Cermin Diri
Tatkala kudatangi sebuah cermin
Tampak sesosok yang sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh , sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat

Tatkala kutatap wajah , hatiku bertanya . Apakah wajah ini yang kelak akan
bercahaya bersinar indah di surga sana ?
Ataukah wajah ini yang kelak akan hangus legam di  neraka Jahannam

Tatkala kutatap mata, nanar hatiku bertanya
Mata inikah yang akan menatap penuh kelezatan dan kerinduan.
Menatap Allah , menatap Rasulullah , menatap kekasih-kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yang terbeliak , melotot , menganga , terburai menatap
Neraka Jahannam..
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata , apa gerangan yang kau tatap selama ini ?

Tatkala kutatap mulut , apakah mulut ini yang kelak akan mendesah penuh
kerinduan .. Mengucap laa ilaaha ilallah saat malaikat maut datang
menjemput ?

Ataukah menjadi mulut menganga dengan lidah menjulur , dengan lengking
jeritan pilu yang akan mencopot sendi-sendi setiap pendengar.

Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqum jahannam ..yang getir
penghangus , penghancur setiap usus.
Apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang ?
Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan ?

Berapa banyak hati-hati yang remuk dengan pisau kata-katamu yang
mengiris tajam
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu
yang engkau ucapkan untuk menipu ?
Betapa jarang engkau jujur.
Betapa langkanya engkau syahdu memohon agar Tuhan mengampunimu.

Tatkala kutatap tubuhku.
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh cahaya
Bersinar , bersukacita , bercengkrama di surga ?
Atau tubuh ini yang akan tercabik-cabik hancur , mendidih , di dalam lahar
membara jahannam , terpasung tanpa ampun , derita yang tak pernah berakhir
Wahai tubuh , berapa banyak maksiat yang engkau lakukan ?
Berapa banyak orang-orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu ?
Berapa banyak hamba-hamba Allah yang lemah yang engkau
tindas dengan kekuatanmu ?
Berapa banyak perindu pertolongan yang engkau acuhkan tanpa peduli
padahal engkau mampu ?
Berapa banyak hak-hak yang engkau rampas ? 

Ketika kutatap hai tubuh
Seperti apa gerangan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu
Apakah hatimu segagah ototmu
Atau selemah daun-daun yang mudah rontok
Ataukah hatimu seindah penampilanmu
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu

Betapa beda ..betapa beda apa yang tampak di cermin
dengan apa yang tersembunyi
Betapa beda apa yang tampak di cermin dan apa yang tersembunyi
Aku telah tertipu , aku tertipu oleh topeng
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng, hanyalah topeng belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng
Betapa yang indah ternyata hanyalah topeng..
Sedangkan aku hanyalah seonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu , aku malu ya Allah
Allah ..selamatkan aku..Amin ya Rabbal alamin

Monday, January 31, 2011

Anak Muda jangan LUPA...





Anak muda jangan mudah lupa
Sejarah jua Saksi kita
Negara ini bukan Melayu, bukan Cina, bukan India
Negara ini semua yang punya

Chin Peng? Jangan fitnah semua Cina,
Ingat Tun Razak jabat dengan Komunis besar
Tapi kalau nak ungkitkan kisah lama
Siapa penceroboh, siapa pembina bangsa?

Sosial kontrak imaginasi saudara
Takan nak kekal selamanya?
Perlembagaan pun boleh dia orang ubah
Masakan kontrak tak boleh dikaji semula?

Perkauman? Yang "racist" tu, siapa?
Cina, India bukan lagi tumpang semata
Cuba lihat tanah subur Malaysia
Ada Keringat Melayu, ada Peluh Cina, ada Darah India!

Ikan tuba tidak kedapatan
Tiba masa untuk menukar umpan
Jangan hanya ingat hutang orang
Jika sendiri juga banyak berhutang. 



Happy Chinese New Year... 1Malaysia

Chinese New year


Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan.

Chinese New year


Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya.

Terdapat juga tradisi larangan di masa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang 15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.

Di hari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang.