Monday, January 31, 2011

Anak Muda jangan LUPA...





Anak muda jangan mudah lupa
Sejarah jua Saksi kita
Negara ini bukan Melayu, bukan Cina, bukan India
Negara ini semua yang punya

Chin Peng? Jangan fitnah semua Cina,
Ingat Tun Razak jabat dengan Komunis besar
Tapi kalau nak ungkitkan kisah lama
Siapa penceroboh, siapa pembina bangsa?

Sosial kontrak imaginasi saudara
Takan nak kekal selamanya?
Perlembagaan pun boleh dia orang ubah
Masakan kontrak tak boleh dikaji semula?

Perkauman? Yang "racist" tu, siapa?
Cina, India bukan lagi tumpang semata
Cuba lihat tanah subur Malaysia
Ada Keringat Melayu, ada Peluh Cina, ada Darah India!

Ikan tuba tidak kedapatan
Tiba masa untuk menukar umpan
Jangan hanya ingat hutang orang
Jika sendiri juga banyak berhutang. 



Happy Chinese New Year... 1Malaysia

Chinese New year


Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan.

Chinese New year


Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya.

Terdapat juga tradisi larangan di masa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang 15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.

Di hari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang.

Wednesday, January 26, 2011

Arowana Gah di BUKIT MERAH

Salam satu malaysia semua..

pada 20/1/2011 yang lepas saya pergi lah ke bukit merah nak tgk industri pelaburan ikan arowana di sana... memang dah jadi satu fenomina dah dekat situ sebab kiri dan kanan tali air tue penuh dengan ikan arowana.. kalau kalian lalu highway PLUS utara-selatan akan nampak lah sepanjang area bukit semanggol tue penuh dengan kolam ikan arowana dan buatkan hati berdetik! "kenapa dekat sini pulak yang rancak dengan arowana dan bukan tempat lain?".. rupanya di sinilah habitat asal ikan arowana ini iaitu di tasik bukit merah... kate org tempat nenek moyang mereka la kire...
saya pergilah satu farm nie... avee arowana bukit merah farm.. diorg baru nak mula bisnes ikan arowana nie dah ader 31kolam dah... yaalah seronoknya tgk ikan-ikan nie berenang dalam kolam tue.. ilang stress keje kat opis tuh... renangan ikan nie memang unik dan memiliki 'keegoan' nya tersendiri dan gaya yang gagah tika beraksi dalam air... sisiknya yang berkilauan sudah cukup mempesonakan pemerhatinya... mengikut kepercayaan orang cina ikan ini mampu membawa tuah kepada pemiliknya dan kekayaan yang berlipat ganda dalam perniagaan... maka tak mustahil ikan ini mempunyai 'kelas'nya yang tersendiri dan boleh mencapai ribuan ringgit malah boleh mencecah kepada ratusan ribu bergantung kepada jenis dan usianya...
kolam ikan arowana



Arowana

Ikan Kelisa (Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport dan pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.
Jenis-jenis Arowana
Secara umumnya arowana dapat dibahagikan kepada beberapa jenis utama seperti berikut :

Arowana Asia
Arowana Asia atau nama saintifiknya Scleropages Formosus adalah berasal dari kawasan Asia Tenggara. Asia arowana terutama dari jenis merah dan emas malaysia adalah yang termahal dan diklasifikasikan sebagai ikan air tawar yang tercantik didunia. Arowana Asia biasanya didapati di tasik-tasik yang tenang airnya atau disungai-sungai kecil yang arusnya perlahan atau sederhana. ia disenaraikan sebagai spesis terancam yang memerlukan kebenaran khas atau permit dari CITIES bagi urusniaga diperingkat antarabangsa. Arowana Asia terbahagi kepada beberapa jenis atau keturunan iaitu :

1. Arowana Merah ( Red Arowana)
2. Arowana Emas Malaysia ( Malayan Bonytongue)
3. Arowana Emas Indonesia ( Red Tail Golden (RTG) Arowana)
4. Arowana Hijau/Kuning (Green/Yellow tail arowana)
5. Arowana Merah B 1.5 (Red Arowana B 1.5)
Arowana Amerika Selatan
Arowana Amerika Selatan terbahagi kepada beberapa strain atau keturunan iaitu :
1. Arowana Perak ( Silver Arowana)
2. Arowana Hitam ( Black Arowana)
3. Arowana Salji ( Snow Arowana)
4. Arapaima Gigas

Arowana Australia

Arowana Australia terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. Arowana Jardini
2. Arowana Leichardi

Arowana Afrika

Arowana Afrika hanya terdapat satu jenis sahaja dan ia juga dikenali sebagai Arowana Afrika sebagaimana nama asal negaranya
Jenis-jenis ikan